Saturday, January 1, 2011
ILMU FALAK
Salah satu faktor umat Islam terdahulu menempa sejarah kegemilangan adalah kerana mereka mempunyai kekuatan ilmu serta meletakkan keutamaan ilmu pada susunan yang tepat. Sudah tentu ilmu yang tertinggi adalah ilmu Tauhid, dan diikuti ilmu Fiqh. Kedua-dua ilmu ini membawa insan mengenali Penciptanya dan seterusnya mengajar manusia tatacara bagaimana seseorang insan berhubung denga Tuhannya dan juga antara insan itu sendiri.
Di sini seseorang insan itu dapat menilai, menghargai kedudukan dan martabatnya berbanding makhluk-makhluk lain yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Ilmu yang mengkaji alam semesta ini telah dikenal sekian lama sebagai ilmu falak atau astronomi.
Sejarah Ringkas Mengenai Kajian Ilmu Falak
Susunan keutamaan ilmu sepertimana diatas (Tauhid, Fekah, Perubatan dan Falak/Astronomi), telah diamalkan oleh generasi lampau yang telah meneroka kegemilangan peradabannya. Umpamanya, pemerintahan Khalifah Abbasiyyah telah meletakkan ilmu falak pada kedudukan yang ketiga selepas Ilmu Tauhid serta Fiqh, dan Ilmu Kedoktoran. Pada ketika itu, astronomi tidak hanya dipelajari dan dilihat dari perspektif keperluan ibadat khusus sahaja tetapi lebih daripada itu. Ia adalah sebagai asas kepada perkembangan bidang-bidang sains lain seperti ilmu pelayaran, pengembaraan, ketenteraan, pemetaan dan sebagainya.
Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur, sebagai contoh adalah seorang Khalifah Kerajaan Abbasiyyah yang telah membelanjakan dana negara yang besar untuk memperkembangkan pengajian dan penyelidikan ilmu falak. Seorang ahli falak yang terkenal diantaranya adalah Muhamad AL-Fazari iaitu orang yang merekacipta alat astrolabe, iaitu satu alat untuk mengukur sudut. Alat ini sebenarnya adalah merupakan asas kepada perekaan alat theodolait dan teleskop moden hari ini.
Ilmu falak terus berkembang sehingga ke zaman pemerintahan kerajaan Ummaiyyah. Puncak kecemerlangan perkembangan ilmu falak adalah ketika pemerintahan Khalifah Al-Makmun. Pada zaman inilah lahirnya konsep balai cerapan astronomi (observatory). Kajian astronomi dibuat secara sistematik dan natijahnya satu jadual kedudukan bintang-bintang diterbitkan yang dikenali sebagai Daftar Al-Makmun (Tables of Al-Makmun).
Pada zaman ini juga telah lahir beberapa tokoh ilmu falak Islam umpamanya:
1. Thabit bin Qurrah: Mempunyai balai cerapnya sendiri di Baghdad.
2. Abu Abdullah Muhamad bin Jabir bin Sinan al-Hirany al-Battani al- Syaiby (lebih dikenali sebagai AL-Battani): Orang yang memperkenalkan ilmu trigonometri sfera ke dalam ilmu falak yang digunakan sehingga hari ini. Al-Battani telah membuat hitungan tentang tempoh masa bagi satu tahun sebagai 365 hari 5 jam 46 minit 24 saat.
3. Muhammad bin Musa al-Khawarizmi.(dikenali sebagai Al-Khawarizmi) dan lain-lain lagi.
4. Ali bin Abd Rahman atau lebih dikenali sebagai Ibn Yunus (meninggal 1009 M): Menerbitkan satu jadual yang amat berguna tentang pengiraan waktu berdasarkan matahari seperti mana mengikut satu artikel dalam (David A.King, 1986) yang bertajuk Ibn Yunus ‘Very Useful Tables for Reckoning Time by The Sun’. Tempoh perkiraan dengan teknologi sekarang mendapati tempoh tersebut sebagai 365 hari 5 jam 46 minit 46.08 saat. Hasil kajian Ibn Yunus pada asalnya tidak begitu mendapat pengiktirafan oleh pihak barat sehinggalah usahanya itu dikaji oleh seorang orientalis Belanda bernama J. Golius. Ibn Yunus telah melaksanakan hampir seratus cerapan gerhana matahari dan bulan serta ijtimak planet-planet. Dia melakukan cerapan sedemikian bagi menyemak data-data parameter planeteri yang dsediakan oleh ahli falak Yahya bin Abi Mansur, ketika pemerintahan Khalifah Al-Makmun (kira-kira pada tahun 810 M).
Hasil kajian Ibn Yunus tadi, telah menjadi sumber data bagi pembentukan model peredaran bulan termasuk pengiraan perubahan sekular (secular variations) bagi pergerakan bulan dan planet oleh S. Newcomb (1878) dan R. Newton (1970), yang digunapakai sehingga hari ini. Satu lagi usaha yang penting kepada perkembangan astronomi termasuk astronomi Islam (mengikut takrif David A. King) yang telah dibuat oleh Ibn Yunus adalah menyediakan jadual waktu perjalanan matahari (ketara) yang mengambil kira faktor biasan udara pada ufuk.
Ilmu astronomi yang berkisar bagi perhitungan waktu berdasarkan pergerakan matahari dan juga bintang-bintang yang dalam bahasa Arab dikenali sabgai ‘ilm al-miqat’. Individu yang terlibat di dalam aktiviti berkaitan dikenali sebagai muwaqqit.
Dua objektif utama bagi penyediaan jadual waktu iaitu –
Pertama : Sebagai rujukan sistem waktu bagi kegunaan awam dan cerapan astronomi. Kedua : Sebagai jadual penetapan waktu-waktu solat
Perkembangan Ilmu Falak Syarie Pada Zaman Rasulullah
Perkembangan Ilmu Falak Syarie adalah dirujukkan kepada usaha-usaha gigih pakar-pakar Islam sejak zaman Rasulullah S.A.W sehingga sekarang. Usaha-usaha gigih yang dijalankan oleh pakar-pakar Islam amatlah perlu kita ketahui supaya kita mengetahui bahawa perkembangan Astrnomi Moden adalah ekoran daripada apa yang telah diusahakan dan disarankan oleh pakar-pakar Islam sendiri.
Sebahagian besar tujuan ahli-ahli falak sebelum kedatangan Islam ialah, ilmu ini dipadankan secara serius kepada ilmu Astrologi iaitu Ilmu Nujum. Secara menyeluruh diketahui bahawa Ilmu Astrologi adalah satu cabang dari Sains Astronomi kerana skiranya tidak adal ilmu Astronomi, maka ilmu Astrologi tidak akan dapat dijalankan. Ahli-ahli Falak pada zaman jahiliah dan sebelum Al-Masihi menjadikan asas ilmu Astrnomi ini kepada ilmu Astrologi, iaitu Ilmu Nujum.
Secara menyeluruh diketahui bahawa Ilmu Astrologi adalah satu cabang dari Sains Astronomi, kerana sekiranya tidak ada ilmu Astronomi, maka ilmu Astrologi tidak akan dapat dijalankan. Ahli-ahli Falak pada zaman jahiliyah dan sebelum al-Masih menjadikan asas ilmu Astronomi ini kepada ilmu Astrologi. Orang-orang purba percaya bahawa percaturan alam ini terletak di bawah kekuasaan ghaib dari bintang-bintang di cakerawala, terutama matahari dan bulan. Mereka percaya bahawa kehidupan dan ketenangan hidup manusia adalah di bawah kuasa (spell) bintang-bintang. Apabila manusia dilahirkan, akan dihisab apakah bintang yang akan menguasai pembinaan tubuh badan manusia itu sendiri.
Mereka percaya ada pula bintang-bintang yang membawa kebaikan dan ada pula yang membawa kecelakaan. Sehingga dipercayai setiap gerakan angkasa mempunyai hubungan dengan kebaikan kecelakaan hayat di bumi. Mereka menghitung nama bulan (Januari hingga Disember atau Muharram hingga Zulhijjah), ada bulan bahagia dan ada bulan celaka. Mereka menghitung nama hari (Sabtu hingga Jumaat), ada hari bahagia dan ada hari celaka seterusnya mereka menghitung waktu, ada waktu bahagia dan ada waktu celaka.
Mereka percaya bahawa segenap gerak-geri manusia adalah di bawah perhitungan badan-badan angkasa. Sehinggalah datang zaman Rasulullah S.A.W. dalam abad ketujuh Masehi dengan membawa pengertian dari Al-Quran yang menjelaskan bahawa masa bagi Allah S.W.T. adalah sama, tidak ada bahagia dan tidak ada celaka.
Yang bahagia dan celaka ialah makhluk dengan amalan mereka sendiri. Ahli-ahli Falak Islam adalah mereka yang mula-mula sekali menolak dan mencemuh kepercayaan kepada kuasa ghaib bintang-bintang dan kuasa ghaib matahari dan bulan. Merekalah yang membatalkan perbuatan percaya kepada tabi’i alam dan nujum yang diasaskan kepada syak wasangka semata-mata. Sebaliknya mereka berusaha mengembangkan Ilmu Falak ini berdasarkan penyelidikan dan pemeriksaan rapi.
Tarikh Perkembangan Falak
Orang-orang Arab purba amat minat kepada ilmu bintang (Tanjim- Nujum). Mereka mengambil perhatian penuh kepada gerakan angkasa terutama kepada gerakan bintang-bintang planet dan bintang-bintang berdekatan. Sehingga mereka dapat meramalkan kejadian-kejadian seperti kebahagiaan, peperangan, keselamatan, peredaran musim dan sebagainya. Cuma mereka menyatakan ini adalah Ilmu Tanjim (Ilmu Nujum). Mereka juga memberi nama kepada bintang-bintang. Dua bintang utama mereka namakan sebagai : Shartayn bererti Dua Tanduk Kambing, iaitu butir bintang yang betul-betul terletak di atas garisan Khatulistiwa yang menjadi titik permulaan Buruj Hamal (Constelation of Areis). Nama kedua bintang itu pula ialah Al-Nath dan Batin
Begitulah seterusnya mereka memberi nama kepada bintang-bintang yang lain yang memenuhi angkasa. Orang-orang Arab juga mengambil perhatian berat kepada Manzilah-Qamar (bulan), iaitu bintang-bintang yang timbul bersama-sama dengan qamar waktu syuruq, iaitu qamar di ufuk timur. Mereka menetapkan ada 28 Manzilah, sesuai dengan Nur Qamar yang kelihatan selama 28 hari shuruq dalam satu pusingan Ijtimak (newmoon). Satu atlas (chart) telah mereka buat bagi menunjukkan keadaan Manzilah Qamar pada 28 itu, ia setiap kali boleh dilihat bersama syuruq qamar.
Dan dengan kaedah seperti inilah mereka dapat pula menentukan kedudukan jisim-jisim angkasa yang lain. Dengan adanya carta Manzilah Qamar itu juga mereka dapat mengesan hal ehwal peredaran angin, perubahan udara pada sepanjang musim. Orang yang pertama sekali menemui Manzilah Qamar ini ialah daripada Bani Harithan ibn Kalb dan daripada Bani Dharrah ibn Hamman ibn Shayban.
Kulbu ‘I-Din al-Razi dan Abu al-Rayahan telah menemui bahawa telah berlaku perbezaan musin di dalam data pusingan setahun bulan-bulan qamariah. Lalu mereka mengadakan hari-hari tambahan kepada bulan-bulan dan tahun-tahun qamariah. Hari-hari tambahan ini dinamakan Hari Nasiah yang ditambah kepada kepada akhir bulan Zulhijjah dan mereka menambahkan 11 hari lagi kepada bilangan hari qamariah di dalam tempoh 30 tahun qamariah supaya gerakan qamar itu dikira kembali kepada titik asal gerakannya pada 30 tahun kemudian.
Hasil daripada penyelidikan itu lahirlah dua jenis takwim (kalendar) di dunia, iaitu Taqwim Qamari yang berdasarkan kepada gerakan qamar dan Taqwim Shamsi yang berdasarkan kepada gerakan matahari.
Subscribe to:
Posts (Atom)