Ribut Solar merupakan satu fenomena geofizik melibatkan ganguan medan magnet bumi secara besar-besaran. Terdapat beberapa istilah lain digunakan bagi menjelaskan fenomena ini termasuklah, suar solar (solar flare), ribut geomagnet (geomagnetic storm) dan Pelepasan besar-besaran korona (coronal mass ejection – CME)
Ribut solar (matahari)berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal. Suhu panas itu menyebabkan ia mengeluarkan gas yang sebahagiannya akan masuk semula ke dalam matahari.
Suar solar (Solar flare): Ditafsirkan sebagai proses pelepasan tenaga yang besar sehingga 6×1025 joules tenaga (kira-kira 6 daripada jumlah output tenaga Matahari setiap saat). Semasa ia berlaku cahaya terang dapat diperhatikan di atas permukaan Matahari atau bahagian solar. Suar solar ini melepaskan awan elektron, ion, dan atom melalui korona ke angkasa lepas. Awan ini biasanya mencapai Bumi satu atau dua hari selepas peristiwa itu. (Istilah suar juga digunakan untuk merujuk kepada fenomena yang sama di dalam bintang-bintang yang lain)
Ribut Geomagnet (A geomagnetic storm): Merupakan gangguan sementara magnetosfera Bumi disebabkan oleh gangguan dalam medium antara planet. Ribut geomagnet adalah disebabkan oleh kejutan gelombang angin solar atau awan medan magnet yang berinteraksi dengan medan magnet Bumi. Peningkatan tekanan angin suria pada mulanya memampatkan magnetosfera dan medan magnet angin solar akan berinteraksi dengan medan magnet Bumi dan memindahkan amaun yang meningkat tenaga ke dalam magnetosfera.
Pelepasan besar-besaran korona (A coronal mass ejection – CME): Proses pemecahan dan pelepasan secara besar-besaran angin solar, plasma isotop cahaya lain dan medan magnet korona ke dalam angkasa lepas. Pelepasan jisim korona sering dikaitkan dengan lain-lain bentuk aktiviti solar. Kebanyakan pelepasan berasal dari kawasan aktif di permukaan Matahari, seperti kumpulan-kumpulan tompok matahari di mana terdapat suar yang kerap terhasil.
Bagaimanapun, sebahagian gas itu berlegar di ruang angkasa dan memasuki atmofera bumi. Fenomena itulah yang digelar ribut matahari.Disebalik fenomena ribut solar ini,ianya meninggalkan kesan yang indah untuk mata memandang,iaitu Aurora Borealis terhasil daripada cebisan elektron bersama dengan medan magnetik besar yang terlepas di udara akibat ribut solar.Hasil daripada tindakbalas ini ianya menghasilkan cahaya terang yang berwarna seperti cahaya lampu fluresent