Wednesday, June 30, 2010

SEMUNYA MEMERLUKAN ILMU

MOTIVASI DIRI MENJELANG PEPERIKSAAN....

Teknik 2

Dekati Sahabat Berfikiran Positif

Mengekalkan imej yang positif atau imej kejayaan selalunya adalah sesuatu yang sukar. Terlalu banyak perkara negatif disekeliling anda yang boleh mempengaruhi apa yang anda fikirkan. Pada pendapat anda, secara umum, minda pelajar lebih mudah diisi dengan unsur-unsur negatif atau positif……..????

Jawapannya tentulah unsur negatif. Ini kerana, anda perlu berusaha secara sedar untuk meletakkan unsur positif dalam minda anda. Jika anda tidak ada usaha untuk itu, secara otomatik, unsur negatif akan memenuhi minda anda. Ada pepatah yang mengatakan bahawa, minda adalah umpama sebuah taman. Jika taman itu tidak ditanam dengan pokok-pokok bunga, lalang dengan sendirinya akan tumbuh.

Begitu juga dengan minda anda. Jika anda tidak berusaha memenuhkan minda anda dengan perkara-perkara yang baik dan positif, ia akan dengan sendirinya dipenuhi dengan perkara-perkara negatif dan tidak baik.

Jadi, tips kedua ini ialah, dalam usaha anda mengekalkan imej kejayaan dan positif dalam minda anda supaya sentiasa bersemangat, anda perlu bergaul dengan pelajar lain yang juga berfikiran positif dan bersemangat untuk berjaya. Ada Hadith Rasulullah S.A.W. yang mengatakan bahawa kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, badan kita juga akan berbau harum.

Jadi, cari pelajar lain atau kawan anda sendiri yang selalu bersemangat berusaha untuk berjaya. Luangkan masa bersama mereka. Ikut langkah mereka dalam belajar dengan bijak. Berkongsi pendapat dan ilmu bersama mereka tentang cara terbaik untuk mencapai matlamat anda untuk peperiksaan. Insyaallah, anda akan berjaya. Selamat mencuba !

Dipetik dari blog Pakar Motivasi Osman Affan:http://www.osmanaffan.com/motivasidiri.htm


No comments:

Post a Comment