PEGAGA atau nama saintifiknya Centella asiatica adalah tumbuhan ubatan yang mudah dikenali, di temui dan tumbuh liar di kawasan luar bandar.Ia merupakan tumbuhan herba yang menjalar, tumbuh di tempat lembap dan redup.Terdapat pelbagai jenis pegaga yang boleh didapati di pasar seperti pegaga nyonya yang berdaun kecil, pegaga berdaun lebar, kelantan, renek dan salad.Dahulu pegaga hanya dimakan oleh penduduk kampung justeru kegunaannya juga amat terhad.
Selain untuk tujuan perubatan, pegaga biasanya dibuat ulam atau dimasak untuk dijadikan gulai.Masyarakat melayu selalunya menjadikan pegaga sebagai ulam bersama sambal dan nasi.Di Sri Lanka pula pegaga dijadikan bubur dan diberikan pada kanak-kanak pra sekolah untuk menghalang kekurangan nutrien.
Kini masyarakat semakin sedar tentang khasiat pegaga dan tumbuhan berkenaan makin mendapat sambutan hangat di kalangan pengguna.Semua jenis pegaga mempunyai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamain A dan C.
Pegaga diketahui berkhasiat bagi menyegarkan badan, merawat pitam, mengurangkan berat badan, awt muda, rawatan lepas bersalin, meningkatkan kecergasan minda, menambahkan kekuatan fizikal, melancarkan suara, merawat penyakit nyayuk, mengawal keguguran rambut dan melicin dan menyihatkan kulit.Dalam perubatan tradisional pula, pegaga dapat mengubati luka atau ulser kulit, menyembuhkan demam, melancarkan peredaran darah dan sebagainya.
Minum tonik pegaga pula boleh menghalang proses penuaan.Pegaga juga dipercayai berupaya melambatkan kulit kedut, menyembuhkan ulser perut atau usus dan penyakit kusta.Biasanya pegaga diambil secara segar sebagaiulaman, minuman untuk menyejukkan badan dan tonik untuk kecergasan otak.Pengambilan pegaga secara segar memerlukan bekalan bahan mentah yang berterusan.
No comments:
Post a Comment