Sunday, April 17, 2011

khasiat buah zaitun

Zaitun sejak lama terkenal dengan khasiatnya untuk kesehatan. Terdiri dari :

Meningkatkan metabolisme

Makan ½ cup buah zaitun setiap hari dapat mencegah kegemukan. Khasiat ini berasal dari lemak tak jenuh tunggal yang mempercepat pembakaran lemak dan mencegah gula diubah menjadi lemak. Selain itu, sebuah studi dalam British Journal of Nutrition menemukan, asam lemak tak jenuh tunggal menstimulir cholecystokinin, sejenis hormone penekan nafsu makan yang mengirim sinyal kenyang ke otak.

Merevitalisasi system imun

Zaitun kaya dengan vitamin E larut lemak, yang melindungi sel-sel dari radikal-radikal bebas yang berbahaya. Antioksidan ini menguatkan system imun, mengurangi penyakit seperti pilek dan flu sampai 30%, begitu menurut para periset di Tufts University di Boston.

Menghaluskan kulit

Makan buah zaitun yang merupakan sumber terkaya oleic acid, membantu mengurangi tampilan garis-garis halus. Asam lemak ini dapat mengenyalkan kulit dan melindungi elastin kulit dari kerusakan.

Meningkatkan sirkulasi

Zaitun adalah sumber istimewa dari polyphenois, senyawa antioksidan yang membantu mencegah penggumpalan darah yang berbahaya. Sebuah studi dalam Journal Of American College of Cardiology mengaitkan senyawa ini dengan peningkatan kadar nitric oxide, molekul jantung sehat yang meningkatkan pelebaran pembuluh darah dan aliran darah.

Monday, February 7, 2011




Komet adalah benda angkasa yang mirip asteroid, tetapi hampir seluruhnya terbentuk dari gas (karbon dioksida, metana, air) dan debu yang membeku. Komet memiliki orbit atau lintasan yang berbentuk elips, lebih lonjong dan panjang daripada orbit planet. Komet yang cerah pastinya menarik perhatian ramai.

Ciri fizikal
Ketika komet menghampiri bahagian-dalam Pusat Sistem Solar, radiasi dari matahari menyebabkan lapisan ais luarnya menguap. Arus debu dan gas yang dihasilkan membentuk suatu atmosfera yang besar tetapi sangat tipis di sekeliling komet, disebut coma. Akibat tekanan radiasi matahari dan angin matahari pada coma ini, terbentuklah ekor raksasa yang menjauhi matahari.Coma dan ekor komet membalikkan cahaya matahari dan boleh dilihat dari bumi jika komet itu cukup dekat. Ekor komet berbeza-beza bentuk dan ukurannya. Semakin dekat komet tersebut dengan matahari, semakin panjanglah ekornya. Ada juga komet yang tidak berekor.


Ciri orbit
Komet mempunyai orbit berbentuk elips. Perhatikan ia mempunyai dua ekor.Komet bergerak mengelilingi matahari berkali-kali, tetapi peredarannya memakan waktu yang lama. Komet dibezakankan menurut rintangan waktu orbitnya. Rintangan waktu pendek adalah kurang dari 200 tahun dan rentangan waktu yang panjang adalah lebih dari 200 tahun. Secara umumnya bentuk orbit komet adalah elips.

Komet Halley, secara rasminya diberi nama P/Halley, nama umumnya diberikan menurut nama Edmund Halley, adalah suatu komet yang dilihat dari bumi setiap 75-76 tahun. Komet ini merupakan komet paling terkenal di antara komet-komet periodik lainnya. Walaupun pada setiap abad banyak komet mempunyai tempoh yang panjang yang muncul dengan lebih terang dan dahsyat, Halley adalah satu-satunya komet dengan tempoh yang pendek yang tampak dengan mata jelas, dan kerananya merupakan komet yang tampak dengan mata jelas yang pasti kembali dalam kehidupan manusia. Kemunculannya sepanjang sejarah memiliki pengaruh yang besar terhadap sejarah manusia, walaupun penampakannya tidak dikenali sebagai objek yang sama sampai abad ke-17. Komet Halley terakhir muncul di Pusat Sistem Solar pada tahun 1986, dan akan muncul kembali pada pertengahan 2061.

Saturday, January 1, 2011

ILMU FALAK



Salah satu faktor umat Islam terdahulu menempa sejarah kegemilangan adalah kerana mereka mempunyai kekuatan ilmu serta meletakkan keutamaan ilmu pada susunan yang tepat. Sudah tentu ilmu yang tertinggi adalah ilmu Tauhid, dan diikuti ilmu Fiqh. Kedua-dua ilmu ini membawa insan mengenali Penciptanya dan seterusnya mengajar manusia tatacara bagaimana seseorang insan berhubung denga Tuhannya dan juga antara insan itu sendiri.

Di sini seseorang insan itu dapat menilai, menghargai kedudukan dan martabatnya berbanding makhluk-makhluk lain yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Ilmu yang mengkaji alam semesta ini telah dikenal sekian lama sebagai ilmu falak atau astronomi.


Sejarah Ringkas Mengenai Kajian Ilmu Falak

Susunan keutamaan ilmu sepertimana diatas (Tauhid, Fekah, Perubatan dan Falak/Astronomi), telah diamalkan oleh generasi lampau yang telah meneroka kegemilangan peradabannya. Umpamanya, pemerintahan Khalifah Abbasiyyah telah meletakkan ilmu falak pada kedudukan yang ketiga selepas Ilmu Tauhid serta Fiqh, dan Ilmu Kedoktoran. Pada ketika itu, astronomi tidak hanya dipelajari dan dilihat dari perspektif keperluan ibadat khusus sahaja tetapi lebih daripada itu. Ia adalah sebagai asas kepada perkembangan bidang-bidang sains lain seperti ilmu pelayaran, pengembaraan, ketenteraan, pemetaan dan sebagainya.

Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur, sebagai contoh adalah seorang Khalifah Kerajaan Abbasiyyah yang telah membelanjakan dana negara yang besar untuk memperkembangkan pengajian dan penyelidikan ilmu falak. Seorang ahli falak yang terkenal diantaranya adalah Muhamad AL-Fazari iaitu orang yang merekacipta alat astrolabe, iaitu satu alat untuk mengukur sudut. Alat ini sebenarnya adalah merupakan asas kepada perekaan alat theodolait dan teleskop moden hari ini.

Ilmu falak terus berkembang sehingga ke zaman pemerintahan kerajaan Ummaiyyah. Puncak kecemerlangan perkembangan ilmu falak adalah ketika pemerintahan Khalifah Al-Makmun. Pada zaman inilah lahirnya konsep balai cerapan astronomi (observatory). Kajian astronomi dibuat secara sistematik dan natijahnya satu jadual kedudukan bintang-bintang diterbitkan yang dikenali sebagai Daftar Al-Makmun (Tables of Al-Makmun).

Pada zaman ini juga telah lahir beberapa tokoh ilmu falak Islam umpamanya:
1. Thabit bin Qurrah: Mempunyai balai cerapnya sendiri di Baghdad.
2. Abu Abdullah Muhamad bin Jabir bin Sinan al-Hirany al-Battani al- Syaiby (lebih dikenali sebagai AL-Battani): Orang yang memperkenalkan ilmu trigonometri sfera ke dalam ilmu falak yang digunakan sehingga hari ini. Al-Battani telah membuat hitungan tentang tempoh masa bagi satu tahun sebagai 365 hari 5 jam 46 minit 24 saat.
3. Muhammad bin Musa al-Khawarizmi.(dikenali sebagai Al-Khawarizmi) dan lain-lain lagi.
4. Ali bin Abd Rahman atau lebih dikenali sebagai Ibn Yunus (meninggal 1009 M): Menerbitkan satu jadual yang amat berguna tentang pengiraan waktu berdasarkan matahari seperti mana mengikut satu artikel dalam (David A.King, 1986) yang bertajuk Ibn Yunus ‘Very Useful Tables for Reckoning Time by The Sun’. Tempoh perkiraan dengan teknologi sekarang mendapati tempoh tersebut sebagai 365 hari 5 jam 46 minit 46.08 saat. Hasil kajian Ibn Yunus pada asalnya tidak begitu mendapat pengiktirafan oleh pihak barat sehinggalah usahanya itu dikaji oleh seorang orientalis Belanda bernama J. Golius. Ibn Yunus telah melaksanakan hampir seratus cerapan gerhana matahari dan bulan serta ijtimak planet-planet. Dia melakukan cerapan sedemikian bagi menyemak data-data parameter planeteri yang dsediakan oleh ahli falak Yahya bin Abi Mansur, ketika pemerintahan Khalifah Al-Makmun (kira-kira pada tahun 810 M).
Hasil kajian Ibn Yunus tadi, telah menjadi sumber data bagi pembentukan model peredaran bulan termasuk pengiraan perubahan sekular (secular variations) bagi pergerakan bulan dan planet oleh S. Newcomb (1878) dan R. Newton (1970), yang digunapakai sehingga hari ini. Satu lagi usaha yang penting kepada perkembangan astronomi termasuk astronomi Islam (mengikut takrif David A. King) yang telah dibuat oleh Ibn Yunus adalah menyediakan jadual waktu perjalanan matahari (ketara) yang mengambil kira faktor biasan udara pada ufuk.
Ilmu astronomi yang berkisar bagi perhitungan waktu berdasarkan pergerakan matahari dan juga bintang-bintang yang dalam bahasa Arab dikenali sabgai ‘ilm al-miqat’. Individu yang terlibat di dalam aktiviti berkaitan dikenali sebagai muwaqqit.
Dua objektif utama bagi penyediaan jadual waktu iaitu –


Pertama : Sebagai rujukan sistem waktu bagi kegunaan awam dan cerapan astronomi. Kedua : Sebagai jadual penetapan waktu-waktu solat

Perkembangan Ilmu Falak Syarie Pada Zaman Rasulullah
Perkembangan Ilmu Falak Syarie adalah dirujukkan kepada usaha-usaha gigih pakar-pakar Islam sejak zaman Rasulullah S.A.W sehingga sekarang. Usaha-usaha gigih yang dijalankan oleh pakar-pakar Islam amatlah perlu kita ketahui supaya kita mengetahui bahawa perkembangan Astrnomi Moden adalah ekoran daripada apa yang telah diusahakan dan disarankan oleh pakar-pakar Islam sendiri.


Sebahagian besar tujuan ahli-ahli falak sebelum kedatangan Islam ialah, ilmu ini dipadankan secara serius kepada ilmu Astrologi iaitu Ilmu Nujum. Secara menyeluruh diketahui bahawa Ilmu Astrologi adalah satu cabang dari Sains Astronomi kerana skiranya tidak adal ilmu Astronomi, maka ilmu Astrologi tidak akan dapat dijalankan. Ahli-ahli Falak pada zaman jahiliah dan sebelum Al-Masihi menjadikan asas ilmu Astrnomi ini kepada ilmu Astrologi, iaitu Ilmu Nujum.

Secara menyeluruh diketahui bahawa Ilmu Astrologi adalah satu cabang dari Sains Astronomi, kerana sekiranya tidak ada ilmu Astronomi, maka ilmu Astrologi tidak akan dapat dijalankan. Ahli-ahli Falak pada zaman jahiliyah dan sebelum al-Masih menjadikan asas ilmu Astronomi ini kepada ilmu Astrologi. Orang-orang purba percaya bahawa percaturan alam ini terletak di bawah kekuasaan ghaib dari bintang-bintang di cakerawala, terutama matahari dan bulan. Mereka percaya bahawa kehidupan dan ketenangan hidup manusia adalah di bawah kuasa (spell) bintang-bintang. Apabila manusia dilahirkan, akan dihisab apakah bintang yang akan menguasai pembinaan tubuh badan manusia itu sendiri.

Mereka percaya ada pula bintang-bintang yang membawa kebaikan dan ada pula yang membawa kecelakaan. Sehingga dipercayai setiap gerakan angkasa mempunyai hubungan dengan kebaikan kecelakaan hayat di bumi. Mereka menghitung nama bulan (Januari hingga Disember atau Muharram hingga Zulhijjah), ada bulan bahagia dan ada bulan celaka. Mereka menghitung nama hari (Sabtu hingga Jumaat), ada hari bahagia dan ada hari celaka seterusnya mereka menghitung waktu, ada waktu bahagia dan ada waktu celaka.

Mereka percaya bahawa segenap gerak-geri manusia adalah di bawah perhitungan badan-badan angkasa. Sehinggalah datang zaman Rasulullah S.A.W. dalam abad ketujuh Masehi dengan membawa pengertian dari Al-Quran yang menjelaskan bahawa masa bagi Allah S.W.T. adalah sama, tidak ada bahagia dan tidak ada celaka.
Yang bahagia dan celaka ialah makhluk dengan amalan mereka sendiri. Ahli-ahli Falak Islam adalah mereka yang mula-mula sekali menolak dan mencemuh kepercayaan kepada kuasa ghaib bintang-bintang dan kuasa ghaib matahari dan bulan. Merekalah yang membatalkan perbuatan percaya kepada tabi’i alam dan nujum yang diasaskan kepada syak wasangka semata-mata. Sebaliknya mereka berusaha mengembangkan Ilmu Falak ini berdasarkan penyelidikan dan pemeriksaan rapi.
Tarikh Perkembangan Falak


Orang-orang Arab purba amat minat kepada ilmu bintang (Tanjim- Nujum). Mereka mengambil perhatian penuh kepada gerakan angkasa terutama kepada gerakan bintang-bintang planet dan bintang-bintang berdekatan. Sehingga mereka dapat meramalkan kejadian-kejadian seperti kebahagiaan, peperangan, keselamatan, peredaran musim dan sebagainya. Cuma mereka menyatakan ini adalah Ilmu Tanjim (Ilmu Nujum). Mereka juga memberi nama kepada bintang-bintang. Dua bintang utama mereka namakan sebagai : Shartayn bererti Dua Tanduk Kambing, iaitu butir bintang yang betul-betul terletak di atas garisan Khatulistiwa yang menjadi titik permulaan Buruj Hamal (Constelation of Areis). Nama kedua bintang itu pula ialah Al-Nath dan Batin


Begitulah seterusnya mereka memberi nama kepada bintang-bintang yang lain yang memenuhi angkasa. Orang-orang Arab juga mengambil perhatian berat kepada Manzilah-Qamar (bulan), iaitu bintang-bintang yang timbul bersama-sama dengan qamar waktu syuruq, iaitu qamar di ufuk timur. Mereka menetapkan ada 28 Manzilah, sesuai dengan Nur Qamar yang kelihatan selama 28 hari shuruq dalam satu pusingan Ijtimak (newmoon). Satu atlas (chart) telah mereka buat bagi menunjukkan keadaan Manzilah Qamar pada 28 itu, ia setiap kali boleh dilihat bersama syuruq qamar.

Dan dengan kaedah seperti inilah mereka dapat pula menentukan kedudukan jisim-jisim angkasa yang lain. Dengan adanya carta Manzilah Qamar itu juga mereka dapat mengesan hal ehwal peredaran angin, perubahan udara pada sepanjang musim. Orang yang pertama sekali menemui Manzilah Qamar ini ialah daripada Bani Harithan ibn Kalb dan daripada Bani Dharrah ibn Hamman ibn Shayban.

Kulbu ‘I-Din al-Razi dan Abu al-Rayahan telah menemui bahawa telah berlaku perbezaan musin di dalam data pusingan setahun bulan-bulan qamariah. Lalu mereka mengadakan hari-hari tambahan kepada bulan-bulan dan tahun-tahun qamariah. Hari-hari tambahan ini dinamakan Hari Nasiah yang ditambah kepada kepada akhir bulan Zulhijjah dan mereka menambahkan 11 hari lagi kepada bilangan hari qamariah di dalam tempoh 30 tahun qamariah supaya gerakan qamar itu dikira kembali kepada titik asal gerakannya pada 30 tahun kemudian.
Hasil daripada penyelidikan itu lahirlah dua jenis takwim (kalendar) di dunia, iaitu Taqwim Qamari yang berdasarkan kepada gerakan qamar dan Taqwim Shamsi yang berdasarkan kepada gerakan matahari.





Monday, November 15, 2010

PEGAGA







PEGAGA atau nama saintifiknya Centella asiatica adalah tumbuhan ubatan yang mudah dikenali, di temui dan tumbuh liar di kawasan luar bandar.Ia merupakan tumbuhan herba yang menjalar, tumbuh di tempat lembap dan redup.Terdapat pelbagai jenis pegaga yang boleh didapati di pasar seperti pegaga nyonya yang berdaun kecil, pegaga berdaun lebar, kelantan, renek dan salad.Dahulu pegaga hanya dimakan oleh penduduk kampung justeru kegunaannya juga amat terhad.

Selain untuk tujuan perubatan, pegaga biasanya dibuat ulam atau dimasak untuk dijadikan gulai.Masyarakat melayu selalunya menjadikan pegaga sebagai ulam bersama sambal dan nasi.Di Sri Lanka pula pegaga dijadikan bubur dan diberikan pada kanak-kanak pra sekolah untuk menghalang kekurangan nutrien.

Kini masyarakat semakin sedar tentang khasiat pegaga dan tumbuhan berkenaan makin mendapat sambutan hangat di kalangan pengguna.Semua jenis pegaga mempunyai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamain A dan C.

Pegaga diketahui berkhasiat bagi menyegarkan badan, merawat pitam, mengurangkan berat badan, awt muda, rawatan lepas bersalin, meningkatkan kecergasan minda, menambahkan kekuatan fizikal, melancarkan suara, merawat penyakit nyayuk, mengawal keguguran rambut dan melicin dan menyihatkan kulit.Dalam perubatan tradisional pula, pegaga dapat mengubati luka atau ulser kulit, menyembuhkan demam, melancarkan peredaran darah dan sebagainya.


Minum tonik pegaga pula boleh menghalang proses penuaan.Pegaga juga dipercayai berupaya melambatkan kulit kedut, menyembuhkan ulser perut atau usus dan penyakit kusta.Biasanya pegaga diambil secara segar sebagaiulaman, minuman untuk menyejukkan badan dan tonik untuk kecergasan otak.Pengambilan pegaga secara segar memerlukan bekalan bahan mentah yang berterusan.

Wednesday, October 13, 2010

KRONOLOGI PENAWANAN KOTA KONSTANTINOPLE















































Kisah ini saya ceritakan agar anda dapat mengambil iktibar daripada perjuangan orang dahulu..tidak bertujuan untuk menyakitkan hati sesiapa .


Istanbul atau yang dulunya dikenali sebagai Costantinople, adalah salah sebuah bandar nostalgia dunia. Tidak setakat tercatat oleh tinta Sejarah Islam, bahkan statusnya sebagai salah sebuah bandar utama dunia, pasti mengundang seisi alam manusia untuk meninjau dan menghubungkan sejarah kegemilangan masing-masing dengannya Istanbul diasaskan pada tahun 330M oleh Maharaja Byzantine iaitu Costantine I.

Kedudukan Costantinople yang sedemikian rupa, meletakkan ia di kedudukan yang istimewa apabila umat Islam memulakan agenda pertembungan mereka dengan Empayar Byzantine. Rasulullah SAW telah pun beberapa kali memberikan khabar gembira tentang pembukaan kota ini di tangan umat Islam seperti yang dinyatakan oleh Baginda SAW di dalam peperangan Khandak. Sabda baginda SAW :

“Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera.

Usaha pertama dilancarkan pada tahun 44H iaitu di zaman Muawiyah bin Abi Sufian RA. Akan tetapi, usaha berkenaan gagal dan Abu Ayyub Al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat Nabi yang menyertainya, syahid di pinggir kota Costantinople berkenaan.

Manakala di zaman Sulaiman bin Abdul Malik pula, Khilafah Umayah telah menyediakan pasukan terhandal untuk menawan kembali kota berkenaan pada tahun 98H tetapi masih belum diizinkan oleh Allah SWT.

Di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah, beberapa usaha diteruskan tetapi masih menemui kegagalan termasuk usaha di zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid tahun 190H.


Selepas kejatuhan Baghdad tahun 656H, usaha menawan Costantinople diteruskan pula oleh kerajaan-kerajaan kecil di Asia Minor (Anatolia) terutamanya Kerajaan Seljuk.

Pemimpin masyhurnya, Alp Arslan (455-465H / 1063-1072M) telah berjaya mengalahkan Maharaja Rum, Dimonos, pada tahun 463H / 1070M. Beliau telah menangkap lalu memenjarakannya sebelum dibebaskan dengan persetujuan untuk membayar jizyah tahunan kepada Kesultanan Seljuk. Peristiwa ini telah meletakkan sebahagian besar Empayar Rom di bawah pengaruh Kerajaan Islam Seljuk.

Bagaimana pun, selepas daripada merosot dan jatuhnya Kerajaan Seljuk berkenaan, terbentuk pula beberapa kerajaan kecil di Anatolia.

kerajaan Seljuk Rum yang telah berjaya meluaskan kekuasaannya sehingga ke pantai Laut Ege di barat, seterusnya melemahkan pengaruh dan kekuasaan Empayar Rom.era adalah tenteranya”

Semangat dan kesungguhan yang ada itu telah mendorong Sultan Murad II (824-863H / 1421-1451M) untuk meneruskan usaha menawan Costantinople.

Beberapa usaha telah berjaya dibuat untuk mengepung kota itu tetapi dalam masa yang sama berlaku pengkhianatan di pihak umat Islam. Mahajara Byzantine telah mengambil peluang ini untuk menabur fitnah dan mengucar-kacirkan saf tentera Islam. Usaha Sultan Murad II itu tidak berjaya sampai ke sasarannya sehinggalah di zaman anak beliau, Sultan Muhammad Al-Fatih, sultan ke-7 Daulah Othmaniyyah.

Semenjak kecil, Sultan Muhammad Al-Fatih telah meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Costantinople. Bahkan beliau terus mengkaji tentang usaha-usaha yang pernah dibuat sepanjang sejarah Islam ke arah itu, sehingga menimbulkan keazaman yang kuat untuk beliau meneruskan cita-cita umat Islam zaman berzaman itu.
Ketika menaiki takhta pada tahun 855H / 1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan.Kekuatan Sultan Muhammad Al-Fatih banyak terletak pada ketinggian peribadinya.

Semenjak kecil, beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulamak terulung di zamannya. Di zaman ayahnya, iaitu Sultan Murad II, Asy-Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Kurani telah menjadi murabbi Amir Muhammad (Al-Fatih).

Ketika itu, Amir Muhammad adalah ketua bagi kawasan Manisa. Sultan Murad II telah menghantar beberapa orang ulamak untuk mengajar anaknya sebelum itu, tetapi tidak diendahkan oleh Amir Muhammad. Lalu, beliau menghantar Asy-Syeikh Al-Kurani dan memberikan kuasa kepadanya untuk memukul Amir Muhammad jika beliau membantah tunjuk ajar gurunya.

 Apabila beliau menemui Amir Muhammad dan menjelaskan tentang hak yang diberikan oleh baginda Sultan, Amir Muhammad ketawa lalu dipukul oleh Asy-Syeikh Al-Kurani dengan begitu kuat sekali. Peristiwa ini telah menimbulkan kesan yang mendalam pada diri Amir Muhammad lantas selepas itu beliau terus menghafal Al-Quran dalam masa yang singkat.

 Dalam masa yang sama Asy-Syeikh Ak Samsettin (Syamsuddin) merupakan murabbi Sultan Muhammad Al-Fatih yang hakiki. Namanya yang sebenar ialah Muhammad bin Hamzah Ad-Dimasyqi Ar-Rumi yang mana nasabnya sampai kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Beliau mengajar Amir Muhammad ilmu-ilmu asas iaitu Al-Qur’an, Al-Hadith, Feqah, Linguistik (Arab, Parsi dan Turki) dan juga ilmu kemahiran yang lain seperti Matematik, Falak, Sejarah, Ilmu Peperangan dan sebagainya.

Semenjak kecil, Syeikh Ak Semsettin berjaya meyakinkan Amir Muhammad bahawa beliau adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadith pembukaan Costantinople berkenaan. Apabila beliau menaiki takhta, Sultan Muhammad segera menemui Syeikh Ak Semsettin bagi menyiapkan bala tentera ke arah penawanan Costantinople, demi merealisasikan hadith Rasulullah SAW berkenaan. Peperangan yang terlalu hebat itu memakan masa selama 54 hari.

Sultan Muhammad Al-Fatih sangat menyayangi Syeikh Ak Semsettin. Beliau mempunyai kedudukan yang istimewa pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih dan ini sangat jelas dinyatakan oleh beliau ketika pembukaan Istanbul,

“…sesungguhnya kamu semua melihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana kejayaan kita menawan kota ini, akan tetapi ia adalah kerana hadirnya di sisiku syeikhku yang mulia, dialah pendidikku, Asy-Syeikh Ak Semsettin.”

Persediaan Ke Arah Penawanan


Sultan Muhammad Al-Fatih telah membuat persediaan yang besar ke arah mencapai matlamatnya menawan Costantinople. Beliau telah menyediakan mujahid seramai kira-kira 250,000 dan ini merupakan angka yang begitu besar jika dibandingkan dengan tentera negara lain di zaman itu. Para mujahid berkenaan diberikan latihan intensif dan sentiasa diperingatkan dengan pujian Rasulullah SAW kepada tentera yang akan menawan Costantinople itu nanti

Beliau telah membina Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di tebing Eropah Selat Bosphorus iaitu di bahagian tersempit antara tebing Asia dan Eropah. Kota yang berhadapan dengan kota binaan Sultan Beyazid di sebelah tebing Asia ini, mempunyai peranan yang besar dalam usaha mengawal lalu lintas di selat tersebut. Maharaja Byzantine telah berusaha gigih untuk menghalang Sultan Muhammad Al-Fatih daripada membina kota berkenaan tetapi gagal menghalangnya.

Sultan Muhammad Al-Fatih juga berusaha untuk mempertingkatkan kelengkapan senjatanya. Beliau telah mendapatkan khidmat pakar membina meriam bernama Orban. Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyhur.

 Catatan menceritakan betapa meriam ini adalah yang terbesar di zaman berkenaan. Beratnya beratus tan dan memerlukan beratus tenaga tentera untuk mengangkutnya. Beliau juga menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama.

Sebelum serangan, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan perjanjian dengan musuh-musuh yang lain. Ini merupakan strategi yang penting supaya seluruh tenaga dapat ditumpukan kepada musuh yang satu tanpa ada sebarang ancaman yang berada di luar jangkaan.
Antaranya ialah perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Galata yang berjiran dengan Byzantine. Perkembangan ini sangat membimbangkan Maharaja Byzantine lantas pelbagai cubaan dibuat untuk menawan hati Sultan Muhammad Al-Fatih supaya membatalkan hasratnya. Hadiah dan rasuah cuba dibuat untuk tujuan berkenaan. Akan tetapi semuanya menemui kegagalan.

Keazaman yang begitu kuat pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih telah mendorong Maharaja Byzantine berusaha mendapatkan pertolongan daripada negara-negara Eropah. Tanpa segan silu, beliau memohon pertolongan dari kepimpinan gereja Katholik, sedangkan ketika itu semua gereja di Costantinople bermazhab Orthodoks.

Atas dasar bermuka-muka demi mengekalkan kuasanya, Maharaja Byzantine telah mengaku bersetuju untuk menukar mazhab di Costantinople demi menyatukan kedua-dua aliran yang saling bermusuh itu.

Wakil telah dihantar dari Eropah ke Costantinople untuk tujuan berkenaan. Beliau telah berkhutbah di Gereja Aya Sofya menyatakan ketundukan Byzantine kepada Katholik. Akan tetapi hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk Costantinople yang bermazhab Orthodoks. Sehinggakan ada di antara pemimpin Orthodoks berkata, “sesungguhnya aku lebih rela melihat di bumi Byzantine ini serban para orang Turki (muslim) daripada aku melihat topi Latin!”Situasi ini telah mencetuskan pemberotakan rakyat terhadap keputusan maharaja yang dianggap khianat.

Serangan
Costantinople mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dari aspek geografi. Ia dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosphore, Laut Marmara Dan Perairan Tanjung Emas (Golden Horn) yang dihalang pintu masuknya oleh rantai besi raksasa.Ia berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama Kota Costantinople.
Selepas melalui proses persiapan yang teliti, akhirnya Sultan Muhammad Al-Fatih telah tiba di hadapan kota Costantinople pada hari Khamis 26 Rabiul Awal 857H bersamaan 6 April 1453M. Di hadapan tentera yang menjangkau jumpa 250 ribu, Al-Fatih telah menyampaikan khutbah mengingatkan para mujahid tentang kelebihan jihad, kepentingan memuliakan niat dan harapan kemenangan di hadapan Allah SWT dsb.


Beliau juga membacakan ayat-ayat Al-Quran mengenainya serta hadith Nabi SAW tentang pembukaan kota Costantinople. Ini semua memberikan kesan semangat yang tinggi dan jitu pada bala tentera itu lantas mereka menyambutnya dengan zikir, pujian dan doa kepada Allah SWT. Kehadiran para ulamak di tengah-tengah saf para mujahid itu juga menebalkan lagi keazaman mereka untuk menunaikan kewajipan jihad tersebut.

Keesokan harinya, Sultan Muhammad Al-Fatih telah menyusun dan membahagikan tenteranya kepada tiga kumpulan.

Pertamanya adalah kumpulan utama yang bertugas mengawal kota yang mengelilingi Costantinople. Di belakang kumpulan utama itu adalah tentera simpanan yang bertugas menyokong tentera utama di hadapan. Meriam Diraja telah dihalakan ke pintu Topkapi. Pasukan pengawal juga diletakkan di beberapa kawasan strategik seperti kawasan-kawasan bukit di sekitar Kota Byzantine itu. Kapal-kapal laut Othmaniyyah juga diletakkan di sekitar perairan yang mengelilingi Costantinople. Akan tetapi kapal-kapal berkenaan tidak berjaya memasuki perairan Tanjung Emas disebabkan oleh kehadiran rantai raksasa yang mengawal pintu masuk.

Semenjak hari pertama serangan, tentera Byzantine telah berusaha keras menghalang tentera Othmaniyyah daripada merapati pintu-pintu masuk kota mereka. Tetapi serangan strategik tentera Islam telah berjaya mematahkan halangan itu, ditambah pula dengan serangan meriam dari pelbagai sudut. Bunyi meriam itu telah menimbulkan rasa takut yang amat sangat kepada penduduk Costantinople sehingga menjejaskan semangat mereka untuk bertahan.

Tentera Laut Othmaniyyah telah mencuba beberapa kali untuk melepasi rantai besi di pintu masuk Tanjung Emas.

 Dalam masa yang sama, panahan diarahkan kepada kapal-kapal Byzantine danEropah yang tiba untuk membantu. Walau bagaimana pun usaha ini tidak berjaya, dan ini memberikan semacam semangat di awalnya kepada penduduk Costantinople. Para paderi berjalan di lorong-lorong kota, mengingatkan penduduk supaya membanyakkan sabar serta terus berdoa kepada Jesus dan Maryam supaya menyelamatkan Costantinople. Maharaja Byzantine juga berulang-alik ke Gereja Aya Sofya untuk tujuan yang sama.

Perjanjian Al-Fatih Dengan Maharaja Costantine

Maharaja Costantine mencuba sedaya upayanya untuk menundukkan Al-Fatih. Pelbagai hadiah dan tawaran dikemukakan demi untuk menyelamatkan kedudukannya itu. Akan tetapi Al-Fatih tidak menerima kesemua tawaran itu sebaliknya memberi kata putus supaya Costantinople diserahkan kepada Daulah Othmaniyyah secara aman. Al-Fatih berjanji, jika Costantinople diserahkan secara aman, tiada seorang pun yang akan diapa-apakan bahkan tiada gereja dan harta benda penduduk Costantinople yang akan dimusnahkan.Antara isi kandungan risalahnya itu,

“… serahkan empayar kamu, kota Costantinople. Aku bersumpah bahawa tenteraku tidak akan mengancam sesiapa sama ada nyawa, harta dan kehormatannya. Mereka yang mahu terus tinggal dan hidup dengan amat sejahtera di Costantinople, bebas berbuat demikian. Dan sesiapa yang mahu meninggalkan kota ini dengan aman sejahtera juga dipersilakan”.

Walaupun begitu, kepungan tentera Al-Fatih masih belum sempurna disebabkan oleh rantai besi yang melindungi pintu masuk Tanjung Emas itu.

Dalam pada itu, para mujahid tetap terus melancarkan serangan demi serangan dan pada 18 April 1453M, pasukan penyerang Othmaniyyah telah berjaya memecah tembok Byzantine di Lembah Lycos yang terletak di sebelah barat kota. Tentera Byzantine telah berusaha sedaya upayanya untuk mempertahankan kota dari serangan itu. Pertempuran sengit berlaku bersama iringan hujan anak panah yang amat dahsyat.

Pada hari yang sama, beberapa buah kapal laut Othmaniyyah telah cuba merempuh rantai besi di Tanjung Emas. Akan tetapi, gabungan tentera laut Byzantine dan Eropah telah berjaya menangkis serangan itu bahkan beberapa buah kapal laut Othmaniyyah telah musnah menyebabkan yang lain terpaksa pulang ke kawasan masing-masing untuk mengelakkan kemusnahan yang berterusan.
Dua hari selepas serangan itu, berlaku sekali lagi serangan laut antara kedua belah pihak. Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri mengawasi misi berkenaan dari pantai.
Beliau telah menghantar utusan kepada tentera laut yang sedang berperang. Katanya, “.. sama ada kamu tawan kapal-kapal itu atau pun kamu tenggelamkan sahaja kesemuanya. Sekiranya kamu gagal, maka jangan pulang kepada kami sedangkan kamu semua hidup!”.

Ketika itu juga, Sultan Muhammad Al-Fatih menunggang kudanya sehingga ke gigi laut sambil menjerit dengan sekuat hati nama ketua misi berkenaan, Palta Oglu, untuk memberikan semangat.
Kesungguhan Al-Fatih itu, menaikkan semangat tenteranya. Namun, tentera kristian berjaya juga mematahkan serangan mujahidin walaupun mereka bersungguh- sungguh melancarkan serangan demi serangan. Kegagalan tersebut menyebabkan Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi begitu marah lalu memecat Palta Oglu dan digantikan dengan Hamzah Pasha.

Kegagalan serangan tersebut telah memberikan kesan yang besar kepada tentera Othmaniyyah. Khalil Pasha yang merupakan wazir ketika itu cuba untuk memujuk Al-Fatih supaya membatalkan serangan serta menerima sahaja perjanjian penduduk Costantinople untuk tunduk kepada Daulah Othmaniyyah tanpa menakluknya. Cadangan itu ditolak mentah-mentah oleh Al-Fatih.

Kini tiba masanya beliau berfikir tentang helah untuk tentera Kaedah yang tidak pernah terfikir oleh mana-mana tentera sebelumnya untuk melakukannya. laut Othmaniyyah berjaya membolos Tanjung Emas…
Keajaiban Tentera Othmaniyyah
Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas.

Beliau telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat! Malam itu juga, tentera Othmaniyyah dengan semangat dan kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu! Sesungguhnya kejadian ini sangat luar biasa dan di luar bayangan manusia hingga ke hari ini.

Pagi 22 April itu, penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan nasyid para mujahidin di Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam.
Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera Al-Fatih mendapat bantuan jin dan syaitan! Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata, “Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”

Costantine telah bermesyuarat dengan para pemimpin kerajaan Byzantine tentang strategi seterusnya, tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat. Costantine menolak cadangan supaya beliau sendiri pergi mendapatkan pertolongan daripada umat kristian di Eropah bahkan tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan Costantinople hingga ke titisan darah yang terakhir.

Serangan Besar-besaran Mujahidin
Dengan kedudukan tentera Othmaniyyah yang sudah semakin mantap, Sultan Muhammad Al-Fatih telah melancarkan serangan besar-besaran ke benteng terakhir Byzantine. Tembakan meriam yang telah memusnahkan sebuah kapal dagang di Tanjung Emas, menyebabkan tentera Eropah yang lain lari ketakutan. Mereka telah meninggalkan pertempuran melalui kota Galata. Semenjak kejayaan kapal mujahiden memasuki perairan Tanjung Emas, serangan dilancarkan siang dan malam tanpa henti.

Laungan takbir “Allahu Akbar, Allahu Akbar!” yang mengisi ruang angkasa Costantinople telah memberikan semacam serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan.

Seakan mendengar panahan petir, semangat mereka terus luntur dengan ancaman demi ancaman kalimah tauhid tentera Al-Fatih itu. Dalam masa yang sama, Al-Fatih dan tenteranya sentiasa mengejutkan mereka dengan seni perang yang baru sehingga menggawatkan pertahanan tentera salib itu.

Ketika ribut yang ada belum reda, penduduk Costantinople menyedari bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk masuk ke pusat kota. Ketakutan melanda penduduk sehingga mereka curiga dengan bunyi tapak kaki sendiri. Merasakan yang bila-bila masa sahaja tentera ‘Turki’ akan keluar dari perut bumi berikutan dengan pembinaan terowong itu.

Usaha Damai Terakhir

Sultan Muhammad Al-Fatih yakin bahawa kemenangan semakin hampir. Kecintaannya kepada Costantinople yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, mendorong beliau untuk terus berusaha agar Costantine menyerah kalah tanpa terus membiarkan kota itu musnah.

Sekali lagi beliau menghantar utusan meminta Costantine supaya menyerahkan Costantinople secara aman. Apabila utusan berkenaan sampai kepadanya, Costantine telah berbincang dengan para menterinya. Ada yang mencadangkan supaya mereka menyerah kalah dan ada pula yang mahukan pertahanan diteruskan hingga ke penamat.

Costantine akhirnya bersetuju dengan pandangan kedua lantas menghantar maklum balas dengan katanya, “… syukur kepada Tuhan kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia menerima pembayaran jizyah. Akan tetapi Costantine bersumpah untuk terus bertahan hingga ke akhir hayatnya demi takhta… atau mati sahaja dan dikuburkan di kota ini!”.

Apabila jawapan Costantine ini diterima, Al-Fatih menjawab, “Baiklah… tidak lama lagi akan terhasil bagiku di Costantinople itu sama ada takhta atau keranda…!”.

Perbincangan dilakukan oleh Al-Fatih tentang strategi seterusnya. Pelbagai kemungkinan dipertimbangkan dan akhirnya keputusan dibuat untuk meneruskan rancangan menawan Costantinople sebagaimana yang telah disusun.

Hari Kemenangan

Pada 27 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama tenteranya telah berusaha keras membersihkan diri di hadapan Allah SWT. Mereka membanyakkan solat, doa dan zikir dengan harapan Allah SWT akan memudahkan kemenangan. Para ulamak pula memeriksa barisan tentera sambil memberi semangat kepada para mujahidin. Mereka diperingatkan tentang kelebihan jihad dan syahid serta kemuliaan para syuhada’ terdahulu khususnya Abu Ayyub Al-Ansari RA. “…sesungguhnya apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah ketika kemenangan hijrah, baginda SAW telah pergi ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Sesungguhnya Abu Ayyub telah pun datang (ke Costantinople) dan berada di sini!” Kata-kata ini telah membakar semangat tentera Al-Fatih hingga ke kemuncaknya.

Dalam masa yang sama, penduduk Costantine melakukan upacara peribadatan secara bersungguh-sungguh dengan harapan Tuhan akan membantu mereka…

Tepat jam 1 pagi hari Selasa 20 Jamadil Awal 857H / 29 Mei 1453M, serangan utama dilancarkan. Para mujahidin diperintahkan supaya meninggikan suara takbir kalimah tauhid sambil menyerang kota.

Penduduk Costantinople telah berada di kemuncak ketakutan mereka pagi itu. Mujahidin yang sememangnya menginginkan syahid, begitu berani menyerbu tentera salib di kota itu.

Tentera Othmaniyyah akhirnya berjaya menembusi kota Costantinople melalui Pintu Edirne dan mereka telah mengibarkan bendera Daulah Othmaniyyah di puncak kota.

Costantine yang melihat kejadian itu berasa putus asa untuk bertahan lantas menanggalkan pakaian maharajanya supaya tidak dikenali musuh. Akhirnya beliau menemui ajal.

Berita kematian Costantine telah menaikkan lagi semangat tentera Islam untuk menyerang. Begitu juga sebaliknya, bagaikan pokok tercabut akar, tentera salib menjadi kucar kacir apabila berita kematian maharajanya tersebar. Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi di kalangan tentera Al-Fatih, akhirnya berjaya sampai ke cita-cita mereka.

Kejayaan menguasai Costantinople telah disambut dengan penuh rasa syukur oleh Al-Fatih serta… seisi langit dan bumi. Beliau bertitah, “.. Alhamdulillah, semoga Allah merahmati para syuhada’, memberikan kemuliaan kepada mujahidin, serta kebanggaan dan syukur buat rakyatku”
Sebaik-baik Ketua Dan Tentera
Pada hari itu, majoriti penduduk Costantinople bersembunyi di gereja-gereja sekitar kota. Sultan Muhammad Al-Fatih berpesan kepada tenteranya supaya bermuamalah dengan baik kepada penduduk Costantinople sambil mengucapkan tahniah kepada tenteranya yang berjaya merealisasikan sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”
Dengan penuh rasa syukur dan tawadhu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah sujud ke bumi mengucapkan sebesar-besar syukur ke hadrat Allah atas kemenangan bersejarah itu.

Beliau kemudiannya menuju ke Gereja Aya Sofya yang ketika itu menjadi tempat perlindungan sejumlah besar penduduk kota berkenaan. Ketakutan jelas terbayang di wajah masing-masing bilamana beliau menghampiri pintu.
Salah seorang paderi telah membuka pintu gereja, dan Al-Fatih meminta beliau supaya menenangkan sekalian mereka yang ada. Dengan toleransi Al-Fatih, ramai yang keluar dari tempat persembunyian masing-masing bahkan ada di kalangan paderi yang terus menyatakan keislaman mereka.
Selepas itu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengarahkan supaya gereja berkenaan ditukar menjadi masjid supaya Jumaat pertama nanti akan dikerjakan solat di masjid ini.

Para pekerja bertugas bertungkus lumus menanggalkan salib, patung dan gambar-gambar untuk tujuan berkenaan. Pada hari Jumaat itu, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama para muslimin telah mendirikan solat Jumaat di Masjid Aya Sofya.
Khutbah yang pertama di Aya Sofya itu telah disampaikan oleh Asy-Syeikh Ak Semsettin. Pada hari itu juga Sultan Muhammad Al-Fatih telah bersumpah bahawa barangsiapa yang menukar Masjid Aya Sofya kembali kepada gereja, maka akan berolehlah kutukan dan laknat darinya dan Tuhan Masjid Aya Sofya itu.

Nama Costantinople kemudiannya ditukar kepada “Islam Bol”, yang bermaksud “Bandar Islam” dan kemudiannya dijadikan sebagai ibu negara ketiga Khilafah Othmaniyyah selepas Bursa dan Edirne .

Kekallah bumi yang mulia itu sebagai pusat pemerintahan, ketamadunan, keilmuan dan keagungan Islam berkurun lamanya.. sehinggalah Khilafah Othmaniyyah ditamatkan sejarahnya oleh Mustafa Kemal Ataturk secara rasminya pada tahun 1924M.

FAKTA TENTANG SINGA








Raja hutan ini beratnya antara 250 dan 550 pound, tergantung pada jenis kelamin dan usia dan dapat tumbuh menjadi 14 tahun di alam bebas dan di atas usia 20 tahun di penangkaran. Mereka mampu pada berburu pada usia dua dan sepenuhnya tumbuh setelah 5 atau 6 tahun. Singa jantan dapat dibezakan untuk surai mengesankan mereka, yang bererti maskulinitas mereka dan mencerminkan kesihatan.

The surai lebih gelap dan tebal, semakin sihat singa. Hal ini memungkinkan untuk muncul singa kuat dan menakutkan untuk memperingatkan dari musuh, terutama manusia, dan memohon kepada singa-singa betina yang terbukti secara ilmiah untuk kimpoi lagi dengan singa dengan surai yang tebal dan gelap. Lions tanpa surai yang baik genetik bawaan atau sudah dikebiri.


WHITE LION

Singa putih (White Lion) legendanya pernah dianggap sebagai bahagian dari imaginasi seseorang tidak sampai kurang dari lima puluh tahun yang lalu, ketika anak singa putih ditemukan. Hal ini disebabkan oleh gen resesif dan mereka tidak albino karena mereka memiliki pigmentasi di bagian vital seperti mata mereka, kaki dan bibir. kondisi mereka disebut leucism berarti mereka hanya memiliki kehilangan pigmentasi pada kulit dan bulu. Ada singa putih kurang dari lima puluh di dunia.






LION SPESIES LIONS
Lion Spesies Lions adalah mamalia karnivora yang berasal dari keluarga Felidae.Mereka didistribusikan secara geografis di Afrika timur dan selatan sebagian besar sub-Sahara, tetapi juga dapat ditemukan di kebun binatang antarabangsa, India dan beberapa bagian Asia. Populasi haiwan-haiwan yang rentan telah menurun secara mendadak dalam beberapa dekad terakhir tanpa alasan yang kukuh Diperkirakan bahawa bentrokan dengan manusia dan hilangnya habitat mungkin kemungkinan, namun untuk bantuan lebih lanjut melestarikan dan memantau makhluk-makhluk ini, mereka biasanya disimpan dalam cadangan dan taman. Hanya delapan sub spesies diakui hari ini dan ada sejumlah kecil hibrid dengan kimpoi singa dengan harimau, jaguar atau macan tutul untuk menciptakan makhluk yang unik. Hal ini berkecil hati dan hanya dimulai di kebun binatang.


Singa (Panthera leo) adalah salah satu dari empat kucing besar dalam genus Panthera , dan anggota keluarga Felidae . Dengan beberapa lelaki melebihi 250 kg (550 lb) berat, itu adalah pulau terbesar yang hidup kucing-kedua setelah harimau . Wild singa saat ini ada di Afrika Sub-Sahara dan di Asia dengan kritikal sisa populasi di Taman Nasional Hutan Gir di India , setelah hilang dari Afrika Utara dan Asia Barat di masa bersejarah. Sampai akhir Pleistosen , sekitar 10.000 tahun yang lalu, singa adalah mamalia besar luas tanah paling setelah manusia. Mereka ditemukan di sebagian besar Afrika, sebagian besar Eurasia dari Eropah barat ke India, dan di Amerika dari Yukon ke Peru .


Lions hidup 10-14 tahun di alam liar, sedangkan di penangkaran mereka dapat hidup lebih lama dari dua puluh tahun. Dalam liar, jantan jarang hidup lebih lama dari sepuluh tahun, sebagai luka yang diderita dari pertempuran terus-menerus dengan saingan laki-laki mereka sangat mengurangi umur panjang.Mereka biasanya menghuni savana dan padang rumput , meskipun mereka mungkin diperlukan untuk semak dan hutan . Singa yang luar biasa sosial dibandingkan dengan kucing lain. Sebuah kebanggaan singa terdiri dari perempuan terkait dan keturunan dan sejumlah kecil laki-laki dewasa.








Kelompok singa betina biasanya berburu bersama-sama, menggerogoti sebagian besar pada besar ungulates . Lions adalah puncak dan batu kuncipredator, meskipun mereka mengais sebagai kesempatan memungkinkan. Sedangkan singa tidak manusia berburu biasanya tidak selektif, sebagian telah dikenal untuk mencari mangsa manusia.



singa adalah spesies rentan , setelah melihat penurunan populasi ireversible mungkin dari tiga puluh sampai lima puluh persen selama dua dekade terakhir dalam jangkauan Afrika tersebut.Lion populasi tidak dapat dipertahankan di luar cadangan yang ditunjuk dan taman nasional. Meskipun penyebab penurunan tersebut tidak sepenuhnya dipahami, kehilangan habitat dan konflik dengan manusia saat ini penyebab terbesar dari perhatian. Singa telah disimpan di menagerie sejakzaman Romawi dan telah menjadi spesies kunci dicari untuk pameran di kebun binatang di seluruh dunia sejak akhir abad kedelapan belas. Kebun binatang di seluruh dunia bekerja sama dalam program pemuliaan untuk terancam subspesies Asia .

Visual, singa jantan sangat khas dan mudah dikenali oleh yang surai Singa, terutama wajah pria, merupakan salah satu simbol binatang yang diakui secara luas yang paling dalam manusia budaya . Penggambaran telah ada dari Paleolitik Atas periode, dengan ukiran-ukiran dan lukisan dari Lascaux dan Chauvet Gua , melalui hampir semua budaya kuno dan abad pertengahan di mana mereka secara historis terjadi. Ini telah banyak digambarkan dalam literatur, di patung-patung , dilukisan , pada nasional bendera , dan kontemporer filmdan sastra .

Friday, October 1, 2010

AL QURAN DAN CAP JARI



BIASA membaca dalam web Kristian yang mengatakan Rasulullah Muhammad s.a.w. dituduh mengarang sendiri kitab al-Quran. Misalnya mereka menuduh Rasulullah mengarang sendiri proses kejadian janin dalam rahim sebagaiamana yang dicatat dalam beberapa ayat dalam al-Quran.
Lihat surah as-Sajdah: 8-9, az-Zumar: 6, al-Insaan: 2, al-Alaq: 2, al-Qiyamah: 37-39 dan yang lebih lengkap al-mukminun: 12-14. Kata mereka, Rasulullah terlebih dahulu mengkaji buku-buku karya tamadun Yunani, kemudian mencacatkan dalam al-Quran. Itulah antara hujah kaum Kristian tidak beriman dengan al Quran.Tapi bagaimana dengan cap jari manusia sebagai milik yang abadi setiap individu bernama manusia. Ya, baru tahun 1880 Sir Francis Colt berjaya menggunakan teknologi untuk membenarkan pemilikan abadi cap jari. Tidak ada mana-mana puak, ahli agama atau ahli sejarah menuduh Rasulullah sengaja mengarang ayat 3-4 surah al-Qiyamah (maksudnya), “Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-belulangnya? Bukan demikian, sebenarnya Kami berkuasa menyusun kembali jari-jemarinya dengan sempurna.”Maksud ayat itu, Allah akan membina semula tubuh manusia kelak yang sebelumnya telah mati dan hancur. Allah akan memulakan pembinaan semula manusia bermula daripada jarinya. Jari atau cap jari manusia sebagai pengenalan yang tidak ada persamaan dengan manusia yanag lain, sekalipun mempunyai kembar atau berketurunan yang sama.Al Quran diturunkan kepada Rasulullah melalui malaikat Jibril pada kurun ke-7, di tengah-tengah masyarakat yang kebanyakannya buta huruf, berlatar bumi tandus dan tiada kebanggaan tamadun. Salah satunya ialah ayat berkenaan ayat cap jari itu. Muslim zaman itu hingga kini terus menerima dan beriman dengan kebenaran ayat-ayat al-Quran sekalipun belum dibuktikan melalui sains dan teknologi. Bayangkan, hanya dalam tempoh 100 tahun kebelakangan ini saja ayat ‘cap jari’ dibuktikan. Pembuktian ini ketinggalan 1300 tahun yang lalu apabila Rasulullah Muhammad s.a.w. melafazkan ayat mengenai cap jari manusia.Sebab itu jangan sesekali melupakan sejarah. Mereka yang menuduh Rasulullah mencipta sendiri ayat pembentukan janin, sangat jahil (bodoh) sejarah atau sengaja buat-buat jahil. Tidak ada ahli sejarah yang menafikan Rasulullah seorang yang ‘ummi’ atau buta huruf, tidak pernah berguru dengan mana-mana ahli ilmu atau mendatangi pusat tamadun seperti di Yunani, Rom, Mesir dan Mesopotamia.Bangsa Arab di Makkah sendiri yang memberi gelaran ‘al Amin’ kepada Muhammad bin Abdullah kerana baginda tidak pernah berdusta. Demikian hujah Allah untuk mendidik semua manusia agar menerima ayat-ayat al Quran yang disampaikan melalui lidah Rasulullah Muhammad s.a.w. Kalau sudah dibuktikan Rasulullah Muhammad s.a.w. seorang yang buta huruf dan seorang yang jujur, maka siapakan yang dapat menolak bahawa al Quran itu benar-benar datangnya daripada Allah, Tuhan yang Satu. Maka al Quran bukan karangan manusia bernama Muhammad bin Abdullah atau Rasulullah s.a.w. Jika ada sesiapa yang masih mengatakan al Quran hasil karangan Rasulullah Muhammad s.a.w, sila buktikan dalam mana-mana kitab terdahulu seperti Zabur, Taurat dan Injil mengenai ayat cap cari. Carilah daripada mana-mana buku dari tamadun silam seperti dari China, India, Rom, Yunani dan Mesir yang menyatakan cap jari manusia berbeda antara satu sama lain tidak mengira dari zaman mana manusia itu hidup. Maha suci Allah.